Monday, November 28, 2016

MY BEST FRIEND GOT MARRIED

If you are the follower of my Korea trip (I know, i know, i will continue soon), you would've known one of my best friends, Cikin. 

Some of you might not know though; that she got married, on October 22nd.

That still feels surreal for me - as all this while most of the time together, kecuali beberapa ketika dulu masa kerja lain-lain. Other than that few years, many years before and after up till now, memang tengok muka hari-hari sebab kerja tempat sama. Balik kerja pun, whatsapp jugak kalau ada pape.

We've shared so many phases of life together.

And I have an issue, I am too attached with my best friends. Something that orang luar might not know about me, aku ni melancholy orangnya. If you hang out with me, I'm loud with my friends, especially yang dah lama kenal. Tapi part of me, im full of emotions. Hati tisu, I literally can cry over the simplest things. Even beautiful music moves me, and will got me all teary. Pelik kan, selalunya otak gila ni jarang la nak emosi-emosi ni kan. Well, I'm a total opposite. Gila tu gila jugak, tapi hati aku ni lain sikit la.

I met her back in probably 2005/2006 macamtu, on MySpace. Yes people, myspace. She was so famous on myspace - the type yang ada beribu kawan. You know lah, lagi banyak kawan kau ada lagi rasa besar padahal bukan kau kenal semua pun haha. Those were the days. I never thought that i can be her friend. Ye lah, nampak cam famous kan. Then, I tegur her one day. Masatu dia tengah ada masalah apa tah. Then we exchanged YM id and started chatting. Cut the stories short, lama-lama jadi rapat. Masa tu dia still lagi dengan ex dia. Ak pun dengan ex aku lah. We shared lots of love probs together, we matured together..

Tak tahu macamana boleh click. But amazingly we did. And we are so comfortable together. We can talk almost about everything. And family kitorang pun dah kenal kitorang memang rapat like siblings. Kalau bab makeup tu pulak, dia memang my official model la. Selalu muka dia je aku kerjakan. Pastu berphotoshoot sendiri-sendiri berdua. Sebab tu kalau nak suruh pose depan orang lain dia kena ada aku jugak, sebab memang tak biasa ngan orang lain. Dengan aku je dia boleh jadi gedik kahkahkah

Our first real job in corporate pun bersama. We started in Airasia together, then seperated bila masing-masing berenti keje, lepas few years now here we are again - working in the same place up till now :') So memang hari-hari tengok muka dia je, balik pun whatsapp lagi. Haha.

Photo taken during their pre-wedding photoshoot.

When she told me that she is getting married earlier this year, I was down a little. I'm happy, but I kinda paranoid that I would lose her or something. You know, macam orang dah kawin then whatever you wanna do pun terbatas, nak keluar pun takut laki tak bagi that sorta things. But I need to realize that she's marrying the man she loves, takkan la aku taknak tengok dia happy kan?



Dulu, ingat lagi.. selalu kot kitorang cakap pasal kawin ni. Selalu jugak aku cakap, jangan tinggal aku sorang-sorang tak kawen. Aku memang takleh nak terima kalau dia kawen so we should stick together and kawen sama-sama (i know, typical stuff bestfriends said LOL) so masa dia bgtau tu its like a lightning struck la kan. Slowly the fact sunk in me. Lama-lama dah boleh terima :)



I'M HAPPY WHEN YOU'RE HAPPY, B.

To you, b...

Dah lama kita kenal. Dari zaman kita berdua muda remaja, bodoh lagi tentang dunia. Dari zaman hati mudah remuk sebab lelaki, sampai la zaman kita sekarang lebih matang dan cari ketenangan abadi. I love the way you are, i love how we can be our true selves, jadi gila dan rasa kosong if each other takda. Kelakar kan, kadang-kadang kalau sorang tak datang kerja pun jadi rindu sangat. Tahpape hihi.

I hope you are happy, b. I tahu Afiq boleh bahagiakan you. I tahu Afiq boleh jaga and manjakan u macam arwah babah. I tahu Afiq is a responsible man, the one that you trust, the one you'd spend your whole life with (even though i hate sharing!). I know deep down you feel more content being who you are now. Semuanya dah halal, dah selesai, dan sempurna. You looked incredibly pretty on you day, ingat tak dulu impian you nak i makeupkan on your wedding day? I selalu rasa macam hari itu akan tiba lambat lagi, tetiba dah sampai in just a blink of eye, then I caught myself mumbling alone on how time flies!

I love you. 

Macam dari dulu i cakap, you're like a sister to me. Kalau jalan-jalan asik je nak pegang tangan you, and i like that your hand is always ready for mine :') I like that you always place your head on my shoulder when things went wrong and you needed someone to talk to. We're comfortable with each other and thats why.

Semoga perkahwinan ni kekal sehingga ke akhir hayat buat you b, know that there's nothing more i want other than you being happy, dikurniakan anak-anak soleh dan keluarga yang bahagia. Kehidupan takkan pernah sempurna, seperti juga manusia; jadi harapan i semoga segala cabaran yang mendatang you guys can always talk and selesaikan secara matang. Seperti kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit kan,apatah lagi perjalanan berumahtangga. Semoga Allah melimpahkan redhaNya ke atas perkahwinan kalian berdua hingga ke syurga abadi.



I LOVE YOU SO MUCH, B. ALWAYS.






Wednesday, October 12, 2016

GOOD MEOWNING CAFE



SALAM AND HI!

Banyak hutang entry, kita langsaikan slow-slow ye. Kali ni nak skip beberapa hari sikit, nak cite pasal restaurant yang aku pegi last Saturday with mom and lil sis. 

In my family rasanya yang paling suka kucing is adik-adik aku and mak aku je. Aku? Ehem suka tengok tapi tak suka pegang-pegang sebab geli. Tapi kalau nak layankan aku takde masalah pun. Suka tengok tapi nama nak sentuh-sentuh aku tak boleh sikit. So knowing that mak and adik aku suka kucing, and mak aku pun tak penah pegi lagi kan cat cafe/studio ni aku bawak la dorang pegi Good Mewoning Cafe kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. 

This is my second time for me and my youngest sister to go to such place - tempat kucing2 ni, firsttime for mak aku. Happy sikit sebab kali ni mak aku ikut sebab susah nau dia nak keluar pun. Hehe. 

Kata tak pernah pegi kan, waze la. Sekali waze bawak aku masuk ceruk mana-mana tah. Eh menyirap akak tahu! Cafe ni dekat dengan Mcd, yang aku nampak, betul2 belakang dia. Parking insyaallah senang cari, dont worry. Dekat ngan kawasan perumahan jugak.



First sekali, meh la order makan dulu. Meh tengok ada apa...




Menu boleh tahan, banyak pilihan. Interesting too. Harga bagi aku ok ok, mahal sangat tu tak, murah sangat pun tak jugak. Harga makanan asing dari harga masuk tengok kucing-kucing ye.

 Layan diri order dan bayar di kaunter ya.

 Bersih and kemas.

 Memasing ada locker sendiri kemain ya. haha.

Adik aku excited nak masuk. 

 I ordered Laksa Kedah, seperti biasa taknak sayur nak kuah dan mee laksa je, limau lebih.

Mak ordered Mee Kari. 
Both di atas harga RM 7.50 each.

Rasa dia ok-ok jugak. Takde la sedap melampau but okay je. Air, aku seperti biasa, ais kosong je and mak aku white coffee. We paid terus untuk masuk tengok kucing, rate RM6 for 30mins per pax. So i paid terus la RM18 untuk 3 orang. Total damage, about RM40++.

Dah siap makan semua, moh le kita. 

 Dari bawah aku peratikan je si gemuk ni. Rilek betul dia. Nama dia Ciku.


Mak aku ngan....alamak lupa nama dia. 

Percaya tak, kucing ni mulanya cuma stray cat. Jumpa tepi jalan. Sekarang super gebu wei!

 Suka sangat dengan aircond.



 Aku rasa fav breed aku is BSH. Comel dan gebu seperti karpet!

His name is Arang, for an obvious reason. 


 Makin aku tenung si Ciku ni rasa nak tumbuk sebab muka sombong dia tu. Geram! 
Tapi apakan daya acik geli sikit haha.

Apahal tah tido camtu haha.

Okay ni nama dia Badang. Besar gila ya, 7 kilo. Kalau gosok dia palingkan muka ke dinding. Sombong kau lain macam ya, Badang?

Lupa jugak nama dia. Tapi bulu dia macam velvet and bentuk muka runcing macam leopard gitu. 
aku suka sebab macam sexy.







Tengah lepak kat bawah tetiba semua kucing kat atas menyerbu turun. Ingatkan sebab apa, rupanya ada sorang staff yang selalu bagi makan masuk and berborak ngan kitorang. So kucing-kucing ni ingat dah tiba meal time bila dengar suara akak tu LOL. Comel sangat perangai.







Spent about an hour macam tu je sebab dah petang, nak solat tapi aritu surau takde air sebab memang sekarang krisis air sikit belah kajang, cheras semua kan.

Overall, puashati je. Staff sangat ramah. Ambience tenang-tenang je.

Kalau pernah follow facebook dia, maybe korang tahu yang restaurant ni katanya penah kena buatan orang, takde income sebab orang nak berkunjung nampak cam kedai ni tutup je. Alhamdulillah rasanya dah okay dah sekarang. Haih nak berniaga jangan macam tu ya. Jangan ada hasad dengki pls, tak baik sangat. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan portion masing-masing. Semoga lepasni Good meowning lebih maju ke depan, Insyaallah.

So sesiapa yang nak pegi, details dia :







1, Jalan Suasana 2/7A, 
Tun Hussein Onn, 
43200 Cheras, Selangor.


Phone :
 03 - 9082 2111


Hours:
everyday from 9am - 10.30pm, closed on Monday

Facebook:





MY FIRST EVER

Salam and hi, sebab masa super tight nowadays, marilah kita update secara VLOG! Haha. this is my first time so dont judge so hard okay! Lets wish for a better one soon!


See you again next time!

Annekayra™. Powered by Blogger.