Monday, September 1, 2014

Makeup and me.

Tahu tak?

Tahu apa?

Tahu tak agaknye perasaan aku yang kerja on public holiday? pffth.



Anyways, on the bright side takde la monday blues sangat sebab jalan raya kurang orang. Even kerja pun kurang because customer tak ramai. Cuma bila tak ramai, mengantuk laaaaaa.


So, meh la nak cerita something. Maybe tak semua tahu, I'm a fan of makeup, fanatik one. Dah lama buat makeup sebenarnya. Cuma jarang amik job sebab aku ada fulltime job yang memerlukan aku kerja ikut shift dan jadual (kerja mana takde jadual, duh!). Jadual pulak kadang-kadang keluar lambat and not for the whole entire year. Its monthly basis. So agak susah sebenarnya untuk aku amik job atas tarikh yang belum pasti aku free ke tak. And sometimes due to training, memang aku tak dibenarkan amik cuti. Or erti kata lain kalau aku apply pon application form tu akan dibaling semula ke wajah aku (ok tu tipu!). Yang pastinya kena reject laaaa kan.

Jadi lately I've been into makeup again, not to work lah. eh jangan taktau aku pegi keje takde mekap secalit ya. Memang if my colleague yang mana follow social media aku tu and tak berapa kenal aku memang terkejut gak la kengkadang tengok muka makeup aku sedangkan wajah pegi keje macam bibik aje rupanya! Haha! Aku memang tak pakai makeup pegi keje sekarang ni. Dulu masa previous company memang rajin bangun awal menepek foundation, eyeshadow cut crease *kau mampu?*  lagi haaaaa. Tapi bila dah start keje kat company sekarang ni sifata malas makin menjadi jadi katakau.  So yeah, semenjak dua menjak ni kerinduan terhadap makeup semakin mencengkam lantas aku pun main-main la conteng muka malam-malam bila habis keje tu. 

Ans i was thinking alangkah bestnya kalau aku boleh buat makeup service macam dulu. Yang travel sini sana and earn side income. 

PENAT.
tapi for sure puashati. 

Silapnya aku dulu, I didn't really care about taking pictures. So testimoni tak banyak plus yang seciput tu pulak hilang sebab pendrive tah kemana. Takde rezeki la kot. So nak taknak kena start balik la. 

Cuma aku cam kesal sikit dengan kehendak yang tak selari dengan bayaran sekarang. Bukan dengan aku sahaja, banyak yang terjadi antara kawan-kawan MUA yang lain. Yang mana buat makeup dengan offer murah-murah bezanya pada mesti pada skills, atau pada jenis produk yang dia guna. Mungkin tak semua, mungkin ada yang memang murah hati nak promo dengan harga yang melampau murah walau pakai produk original berjenama. But not all the time they would, you know. Lets just face the fact, there must be a reason why most of the makeup products are expensive. Sedangkan foundation drugstore pun paling murah RM50-60 and above. Eyeshadow high end satu pan paling murah pun RM40 and above. Palette lain cerita. Yang pasti, semua makan ratus dan jangan lupa, skills yang paling penting jugak. Kalau high end products tapi skills ke laut lagi la takleh blah, langsung tak cantik muka kau.  So macamtu juga dengan service makeup, mesti ada reason kenapa dia mahal - and vice versa. Harus la ada reason kenapa dia murah jugak kan? So jadi bijaklah dalam memilih. Janganlah tanya harga lepastu dikutuknya pulak cakap kita tekan harga mahal. Ada sebab dikkkk. Kita pun beli makeup, bukan pakai pasiaq! Huhu.

Tak marah. Cuma kesal.
Duduk dan fikir la. 

Lagi2 bakal pengantin. 
Tips ye, TOLONG JANGAN KEDEKUT UNTUK KELUARKAN KOS FOR TRIAL MAKEUP. Please please. 

Ada sebab. 

Pertama -
Untuk makeup artist tu kenal jenis kulit awak, kenal warna kulit awak, bincang kehendak awak (if any) and test if its working out for you before you jump into making decision. Keputusan besar kot nak pilih makeup artist! Cuba bayangkan eh, hari kau kahwin makeup kau buruk dari apa yang tengok dalam internet or gambar. Tak ke haru? Nak marah siapa masa tu? MUA pun kena jugak okeh. Kononnya "takyah trial lah, I ikut jer You buat apa nnt" Lepastu masa makeup ikut tekak si MUA ni tiba-tiba mak taksuka lah, makcik cakap terang sangat lah. Macam-macam pulak cengkadak yang keluar. Pastu ingat makeup boleh padam2 ker? MASA TAU TAKKKK. Masa tu emas diknon. Kang kau siap lambat satu hal ler pulak kan.

Kedua -
Masa tu la kau tengok perati makeup yang dia guna, macamana kesannya atas muka kau. Breakout ke tak, tengok skills macamana kena tak ngan taste kau. Memang semua berbayar even for trial pun. Tapi logik, itu semua masa dan effort jugak so mustahil la free. Tapi fikir about kelebihan trial makeup ni, banyak sebenarnya demi menjanjikan hari bahagia kau semua lancar terjamin gitu. 

Okay?
Terbebel banyak pulak. Sekarang waktu balik keje. Esok-esok aku free kita jumpa lagi sembang pasal makeup okay? Tinggalkan jejak kalau anda jugak suka makeup sepertiku. Hiks!

Salam! 
xoxo

5 comments :

  1. Mamamyja pon suka make up... mmg minat giler.. jemput singgah and follow blog mamamyja yer

    www.mamamyja.com

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Zana suka mekup..tp xpandai..huhu..tgk org mekup urmmm so jeles lah..sbb jari jemari zana x seni haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kite pun belajar sendiri je zana. kalau praktis lama-lama mesti ok :)

      Delete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.