Thursday, June 30, 2016

Annekayra Cooks : Resipi Ayam Masak Kicap.

Salam and hi!

Travelog Ipoh ada lagi satu, hopefully a short one lah because dah last day. But, memandangkan semalam balik lambat and memang letih gila (since dua tiga hari jugak tak cukup tidur) so memang tak larat sangat nak bukak blog. Gambar pun belum edit lagi. So maybe malam ni will be up the last one, and soon I will continue with travelog bumi Winter Sonata trip aku pergi spring lepas (May). Kalau Ipoh dua hari begini banyak entries, trip 6H5M aku entah macamana. Malas nak fikir. hahaha.

Anyway, selingan lah sikit ya.. kali ni nak up resipi masakan. Dah lama tak up entri masak memasak ni. Lagipun sekarang dekat office so gambar-gambar dalam phone je lah aku boleh letak pun. Watermark pun nan hado. So konsep dia, pasrah dan redho lah ya.

Being in the kitchen is kinda my thing sebab I love cooking so much. So aku memang enjoy lah walaupun penat. Sekarang ni masa utk memasak tu macam kurang sangat. Kerja banyak, kadang kadang balik rumah tu berlambak lagi kerja lain nak buat so memang superrrr tired. Mostly makan dekat kat luar. 



Anyway, ni aku masak tak silap aku sebelum bulan puasa haritu. Kalau tak silap lah..

Matiklah nyanyuk uols!

So masa tu nak masak tapi bahan taktau ada ke tak. Memula nak masak ayam masak bali, tapi daun kari plak takda. So masak je la apa yang ada. Well, resipi ni maybe la mudah. Tapi pedulik lahhh! Aku nak up jugak! hahaha. Mana tahu boleh membantu anak-anak dara di luar sana yang baru nak cuba memasak hehe. Dah abis kalau semua taknak up resipi mudah sapa lagi nak buat kan! gitoh!

So bahan-bahan :

Ayam (like, duhhh!) aku pakai part wings dengan drummets dalam 6-7 pcs each
Cili merah 2 pcs
bawang merah dalam 5-6 ulas
bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Cili boh dalam 1 1/2 tbsp
Serai 2 batang diketuk
Cili padi 2 pcs (optional - aku suka pedas so aku letak. Adjust lah ikut nak pedas camne)
Kicap manis (my fav - Kipas udang, or Cap Tamin)
Asam keping or asam jawa


So cara masak pun simple tapi sedap tebabom lah masakan dia. Sesuai untuk orang yang pemalas nak masak tapi nak makan sedap HAHAHA ahkak terasa lah uols! Kalau korang masak depan makpak engkorang, terus dia rasa nak carikan kau calon laki sebab dah cukup syarat kawen katanyaaaa

Cara masak dia, cuci ayam bersih-bersih, then gaul garam kunyit. Garam jangan la banyak sangat sebab karang kau nak campur dalam kicap yang memang dah masin jugak. Karang darah tinggi pulak mak kau dah satu hal. So dah gaul tu, kita gorenglah dia tapi jangan terlalu garing. Tapi sebenarnye,ikut preference engkorang la. Macam aku, aku suka garing light-light sajo. Karang garing sangat jadi keras and drummet aku jadi kecik boleh mengundang amukan. Hahaha. So goreng, ketepikan. 

Lepastu blendlah dikau akan bawang merah, putih, halia, dan cili padi. Blend blend blend.

Then panaskan kualimu, letak minyak and tumiskan bahan kisar tadi dengan serai yang dah diketuk dan cili boh. Selalunya ayam masak kicap aku tak letak serai pun, cuma aritu ada serai lebih, and initial plan nak masak ayam masak bali tu ada pakai serai tapi dah takde daun kari pulak, just proceed aje lah letak serai pun dalam masak kicap aku, apedehal aku telan semua. kikiki. Tumis sampai naik bau dan garing, then boleh la season to taste. Jangan sebab kau tak nampak garam gula dalam bahan-bahan kat atas tu kau tak letak pulak. Jadi makanan hospital ayam kau karang aku tak jamin.

Ok season la dengan garam, kalau pakai kicap kipas udang yang manis tu sometimes tak perlu gula. Kalau pakai kicap tamin dia cuma ada kicap biasa yang normally masin, so maybe kena adjust dengan gula juga. Terpulang engkorang la suka macamana bab tu. Letak kicap, letak air sikit dan boleh letak asam keping. Kalau takde asam keping, aku opt for asam jawa tapi aku kira campur dengan air yg tadi sekali la. Then kacau-kacau la kuah kau tu, rasa sikit..kalau dah ok, boleh masukkan hirisan cili merah and after 1-2 mins, masukkan la ayam korang. Gaul sebati and boom!! - dah boleh register kawin dah tu. haha.

Ini kira basic ayam kicap lah, Kalau kau nak boleh adjust sendiri. Kena kreatif la uols. Kalau nak kuah banyak, lebihkan la bahan blend. Pastu, if rajin, boleh letak extra kentang goreng, just goreng kentang bentuk macam wedges tu. Sedap melampau jugak hmmm dugaan type ni masa bulan puasa. Ada jugak masak kicap letak rempah-rempah bunga lawang apa bagai tu, tapi aku kurang suka. Im more to masakan tumis2 bawang bodoh je. 

So here you go. Masakan simple-simple dari dapur annekayra. Just nak share and also documented je la kat sini. Kang malas-malas masak bleh belek blog cari inspirasi dan semangat buat diri sendiri kihkihkih. 

Nanti aku masak, aku share lagi okay!


Yang lapar,
Chef Annekayra.



1 comment :

  1. ayam masak kicap...ermmm macam sedap..nanti i try...tq

    ReplyDelete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.