Tuesday, July 19, 2016

Annekayra Cooks : Resipi Puding Telur Caramel




Salam and hi!

Sementara tengah edit-edit gambar ni. Meh nak up satu resipi yang aku baru buat kelmarin. Tekak tetiba rasa nak makan puding telur gula hangus atau nama lain, puding telur caramel. Banyak version sebenarnya, ada yang jenis tak masak, ada jenis yang bahan banyak...

Aku punya version of course la yang paling senang kahkahkah


Lalu balik dari keje semalam terus la singgah kedai nak beli bahan. Bahan-bahan dia sangat mudah ya uols. Jangan risau. Ni memang jenis campak-campak sekejap je siap. Sesuai untuk orang malas macam aku. 


Bahan-bahan :



8 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
Esen vanila
Gula



Senang kan? Sikit sangat bahan-bahan nye pun tapi dijamin sedapnya ya tuhan. At least untuk tekak aku lahhh. So cara-caranya...



Pecahkan telur dan gaul sebati. Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. 
Esen vanila aku tak tau nak cakap banyak mana. Aku tuang agak-agak je dalam senduk tu haha.


MASA NI DAH BOLEH SEDIAKAN PERIUK KUKUS YA.



Then, masukkan 5 sudu besar gula dalam loyang. 
Again dasar pemalas macam aku terus letak loyang atas api hahahhah


Hakak tersilap masuk air sikit awal-awal habis melekat kat sudu daku.
Kacau sampai dia bertukar jadi camni, tapi jaga jgn sampai hangus kang pahit pulak


Jangan tinggal gula tadi lama sampai mengeras (macam aku buat lol) sebab kita nak gulanya cair bersama atas puding tadi. Kalau tak, jadi macam aku punya, gulanya sebagai 'kuah' tu kurang. Melekat di loyang yang banyak. Rugi. Biar dalam 30 saat gitu je then cedok acuan telur tadi tuang dalam loyang, seeloknya acuan kau tadi tu ditapis supaya cantik je kejadiannya tak bertali telur tu. Aku? Of course la terlupa HAHAHAHA. Pedulikkan lah ya! Kemudian boleh terus kukus. Bab kukus ni, aku tak reti nak advise berapa lama, depends on pengukus kau jugak. Jadi bila agaknya nak tahu dah siap ke belum? Haaa kau amik garpu, cocok la di tengah-tengah acuan tadi. Kalau garfu keluar bersih takda apa yang melekat, maknanya, dah siap sedia untuk diangkat. Normally paling cepat dalam 10-15mins. Aku punya lambat dalam 25min tak silap. Apehal tah pengukus aku tu.

FUHH FUHH MENJADILAH DIKAU.......


Dah angkat, ketepikan la seketika. Sebaiknya sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua. Sebelum transfer atas bekas sepatutnya. 


Disebabkan tak menyabar dan malas sejukkan, aku bantai letak dalam freezer dalam 15 min je then terus terlangkupkan atas piring. Rasakan compang camping puding aku. Buruk nak mampus. Terpaksa la tayang jugak buruk buruk pun HAHAHA


SEJUKKAN DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN!


Insyaallah cukup lemak sedap semua. Makan sejuk-sejuk paling sedaplah!

Selamat mencuba, and kalau dah cuba tu sila-sila tinggal jejak di komen untuk aku jenguk dapur korang pulak ya! 

Jumpa lagi next entry!



Nak basuh pinggan sekejap,
Annekayra.

2 comments :

  1. Replies
    1. memang sedap tak manis sgt alhamdulillah. cubalah ya! :)

      Delete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.