Tuesday, August 23, 2016

ANNYEONG KOREA - SPRING 2016 TRIP : PT 7


SALAM AND HI!

Wah wah wah begitu rajin perangai tak berupdate ni. Hahahah. Maaf ye korang, keadaan begitu tak mengizinkan. So now malam tadi gigih aku watermark gambar semua upload, harini ada masa sikit kat office nak update. So ayuh! Mari kita sambung cite Korea Spring trip aku yang dah lama terbengkalai ni. 

So lepas dah rehat lepak recharge kat Cat Cafe, so marilah gerak. Perut pun dah agak lapar jugak. Hari pun dah makin malam, taknak la balik malam sangat. Hujan pun masatu dah reda sangat. So, gerak. Orang masih ramai, malam di Myeongdong memang hidup. Seronok tengok! 

Si Cikin nak cari April Skin BB Cushion dia, bukan main lagi cari kedai kononnya beberapa hari di Korea tu. Last last tanya staff Cat Cafe, dia pun taktahu sebenarnya tapi dia gigih ya, cari dalam tenet untuk kitorang. *nangis terharu*. Orang Korea ni kalau kau tanya benda dia taktahu pun, percayalah dia akan cuba jugak cari utk kau walau English diorang tak berapa reti. In the end, dia cakap la boleh dapatkan kat Olive Young. Olive Young ni department store for makeup and skincare. Ala-ala Sephora, tapi utk Korean-brand skincare and makeup lah. Duta dia tak silap aku Song Joongki, eh ke Song Hye Kyo? Tak ingat. Haha.



Penangan viral boleh menutup cela bagai..Kemain happy la dapat jumpa BB Cushion ni. Aku memang tak la nak beli pape, kata kulit Brazil kan kang jadi kelabu asap pulak aku pakai tona kulit korean ni kahkahkah. Yang lawaknya, Cikin sedih-sedih dah ingatkan takde la jumpa menda alah ni kat sini, rupanya senang je nak cari. Olive Young ni bersepahhh kot kat mana-mana.

Habis beli, marilah kita sambung ronda-ronda Myeongdong!


 Cuci mata tengok orang jual barang atas cart mcamni. Semua comel!

Food pun boleh tahan. Semua ada, seafood pun banyak.....





Aku tengok gambar ni balik baru rasa cam "kenapa la aku tak beli eh kuih ni?"..

Cause.. lets be real here, apa yang tak sedap dengan kacang merah dan ubi manis? Tak cukup dengan tu, CHEESE? Are you for real? Sedap kottttttttt!





Semua sumpah nampak sedap. Cuma tak sempat nak berenti beli atau pun memang taknak beli sebab tak makan. Like seafood aku boleh makan tapi tengok pakai kukus2 cmtu ai tak minat kikikiki. Yang lain-lain aku malas beli pasal ada sikit ragu dalam hati hehe :)

Jalan lagi jumpa pulak benda ni..........................

 LINE FRIENDS STORE! COMEL NAK MATIKKK!



Aku dah tak mampu nak posing sebenarnye, tapi gigihkan jugak beratur amik gamba haha.


Lepas dah jalan round-round sikit, perut yang lapar harus la diisi maka kitorang pun pegi Yoogane, kalau di Malaysia nama dia lain which is Mr. Dakgalbi. Restoran ni goreng-goreng food depan kau ya~

Disebabkan di Korea, maka kita boleh order seafood fried rice sajork. Walaupun im not really a seafood person...

Ini ye Yoogane... di Myeongdong saja ada dua tak silap.


Nyums.....ada green onion..octopus, and mussels...apa lagi tah..


ZOOM SIKIT.........





ZOOM SIKIT LAGI...........................



Nasik dengan seaweed and chilli paste.....sedia..?


GORENGGGG!!


END PRODUCT.

Rasa? Aku rasa takde la sesedap yang orang war-warkan. Maybe sebab aku lupa nak order cheese. Maybe sebab orang yang gorengkan aku juga tak reti? Dah kenapa sepanjang duk sini orang tak reti masak yg aku dapat hahaha. Boleh la telan, tak suka sebab dia kering, aku rasa kalau chilli paste lebih lagi sedap kot...And of course order la dengan cheese, jangan lupa cam aku....pffth!



Kimchi dan banchan sila angkat punggung amik disini ya...self service...


Moh la kita makan. Bismillah.. Muka selebet sumpah...sebab penat katako!

Tak habis pun..terus pack balance bawak balik. Kononnya nak makan kat bilik je la. Padahal harommm tak sentuh. Membaziaqqqq! Tetiba sampai sana makan tak berapa ye, excited benar sampai makan pun tak lalu agaknya kahkahkah

Dah habis makan, depan pintu keluar tu ada kedai cosmetic THE SAEM. Singgah sebab mummy (bakal MIL) kirim cosmetics sikit. So sebok la aku beli-beli barang situ, manager tu pun funny mak aih, aku tengah ber-facetime sibuk jugak dia masuk frame cakap Hi kat Mr R. Kemain seronok kau ye bila aku cakap tu Namchin. Siap bagi extra gift for me and my Namchin haha.


BERAT NAK MATIKKKK!!!! Buku ada 3 free, utk aku Mr. R dan Cikin.


Pastu sebab Cikin nak free try free gift tu dia offer aku bawak beg tu......

MAKA................


JADI GINILAH.......................



"Cepat amik gambar ni hantar kat Riq! Cakap penat i bawakkan tau!"

MAMPU???

*matik la aku kalau dia tahu aku letak gambo ni*


By the time nak balik tu dah almost 1130pm, kedai pun banyak dah tutup melainkan gerai-gerailah macam biasa. Sampai bilik, siap-siap semua dah lebih kurang jam 12. Mandi bagai, rehat sekejap pastu check temp gila drop lebih kurang 5 degree real feel accuweather tu. Tetiba sebagai seorang yang jakun rasa menggeletis nak turun pegi kedai beli tuna kimbap yg segitiga tu sambil merasa kesejukan malam. Maka harus gigih ye pukul 2 pagi pegi melawat kedai lalalala~!




PAKAI SELEBET NAK MAMPUIH KATA NAK TIDUR DAH KAN HAHA



HASILNYA..........


DUA KETUL SAMGAK KIMBAP SIMPAN ESOK SATU BUAT BREAKFAST :D



Dah melantak satu, maka ketiduran lah. Esok azam nak bangun awal namun....malas la nak cite lagi, paham la sendiri yek HAHA. 



Semoga tabah menunggu sis cerita lagi,
Annekayra.





8 comments :

  1. Salam and Hi Anne.I tgh nk cari time nak marathon baca your 6 previous korean travel. Heeeeeee ^^


    Regards,
    정아인

    ReplyDelete
  2. Entahnya! Sampai 6 parts. Aku tengok gambar je la. K bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeee nak baca, baca lahhh tanak sudahhh

      Delete

Salam and Hi!

Please be nice and have a good day!

Annekayra™. Powered by Blogger.